November 1, 2019

Belajar vs Kahwin

Assalamualaikum.

Sementara nak tunggu meeting dengan co-supervisor pukul 10 pagi kejap lagi, meh aku cerita serba sikit rutin hidup sebagai seorang aku.

Aku PJJ dengan T, dia kerja di Jengka, aku belajar di Sg Buloh. Hari isnin hingga jumaat life aku di universiti sebagai pelajar. Hujung minggu balik rumah, tapi kadang-kadang kitorang akan pergi random trip cari tempat-tempat menarik. Setiap pagi jumaat aku akan ada perjumpaan mingguan dengan co-supervisor untuk update semua progress kerja sepanjang minggu. Supervisor aku medical doctor, so aku banyak refer dengan co-supervisor sebab dia lagi arif bab lab ni. Research mode ni takde class tau, maka semua kerja lab atas disiplin sendiri. Sebenarnya agak stress jugak kena jumpa setiap minggu, tapi ambil je lah dari sudut positive. Kang banyak main, lambat pulak habis belajar. Fightingg!

Selalunya lepas dah habis meeting, aku akan sambung lab kalau ada banyak sangat kerja, kalau tak aku kemas-kemas barang untuk balik Jengka. Awal kahwin dulu sampai nak dekat setahun jugak T rajin ambil dan hantar aku, tapi kesian dia penat tiap-tiap minggu kena ulang-alik. Kitorang buat keputusan untuk aku balik Jengka naik bas dan dia hantar bila nak balik Sg Buloh. Setiap minggu ulang-alik memang habis banyak tenaga dan duit. Tapi tulah, masing-masing ada struggle. 

Hujung minggu, kalau tak keluar berjalan kitorang berdugong di rumah je. Hampar toto depan tv, golek-golek depan tv tu sambil main dengan kucing. Bab masak ni, aku bersyukur sangat sebab T suka masak. Kitorang akan bahagi tugas. Masa bujang dulu selalu doa supaya dapat suami pandai masak sebab tengok ayah dan abang aku suka masak dekat dapur. Alhamdulillah Allah bagiii. Hewhew.

Nama dia CJ sebab masa kecil gaya dia macam CJ17.

Hari ahad hari menggosok baju T untuk dua minggu tak pun sebulan terus. Sekali gosok 10 helai atau lebih. Sebelum ni berdiri gosok baju dalam bilik belakang, tapi aku ni cepat bosan. Aku angkut seterika dan board tu semua pergi ruang tamu supaya boleh tengok tv. Baru lah enjoy buat kerja. Malam gerak balik Sg Buloh. T akan sampai Jengka semula lewat tengah malam dan esoknya pergi kerja dengan mata panda. 😭

Nasihat aku untuk sesiapa yang nak kahwin dan nak jugak sambung belajar, bincang sama-sama pasangan dulu. Sanggup tak lepas kahwin nanti berjauhan dengan pasangan, kena urus diri sendiri walaupun dah ada isteri/suami, kemampuan untuk tanggung kos yuran pengajian, kos ulang-alik semua. Ehh banyak lagi la nak kena fikir. Benda paling penting, sama-sama tolak ansur dan saling mempercayai. Semoga dipermudahkan semuanya. 
   
Ok, need to go.

Note to T, it's tomorrow. 💖