February 19, 2024

PhD journey (DRP)

 Assalamualaikum. 

Haritu, 31 Januari 2024 aku dah settle defense research proposal (DRP) PhD akuuu. Alhamdulillah lega sungguh. Syukur sangat Allah mudahkan sesi DRP. Hanya panel pertama yang paling banyak soalan. Dalam slide pun dah letak segala maklumat yang berkaitan methodology dan lain. Syukur main sv dan co sv sangat membantu all out 2 hari sebelum tu. Pagi petang siang malam buat persediaan untuk DRP ni. 

Bagi aku, untuk DRP ni pelajar kena tahu setiap benda yang dia tulis. Kadang panel tanya soalan yang sangat mudah hanya untuk tengok kita punya level. Mana taknya, soalan yang mudah aku pergi jawab secara kbat. Kahkah nasib betul. Plus, pelajar kena faham setiap method yang akan diguna sepanjang pengajian, setiap inci semua kena tau. Antara contoh soalan yang aku sempat kumpul sebelum dan semasa DRP;

  1. Terangkan apa itu lichen? Adakah ia kulat atau alga? Atau apa? 
  2. Kenapa pilih lichen dari Antartica, kenapa tak pilih dari Malaysia?
  3. Kenapa pilih bakteria ni, bukan bakteria lain?
  4. Apa penyakit yang dibawa oleh bakteria tersebut?
  5. Macam mana kira 'sample size'? Kenapa pilih 5, bukan 6 @ 7?
  6. Macam mana nak kira statistical analysis? Kenapa pilih ANOVA?
  7. Kalau ada limitation, apa cara untuk teruskan selepas ini?
  8. Kenapa guna cell line ni, kenapa tak guna cell line lain?
  9. Terangkan prinsipal untuk prosedur ini dan ini.
  10. Kenapa guna solvent tersebut? Bukan solvent lain?
  11. Kenapa guna method/instrument tersebut untuk extract DNA?
  12. Apa yang digunakan dalam method tersebut? DNA @ RNA dan kenapa?
  13. Kenapa pilih antibiotik tersebut?
  14. Bagaimana kira concentration of crude extract? Dan kiraan untuk prosedur seterusnya?
  15. Apa novelty dalam kajian ini?
  16. Apa yang boleh disumbangkan dengan kajian ini?
Ada banyak lagi sebenarnya, tapi itu je yang aku ingat sekarang. Btw, kajian aku pasal lichen (sejenis tumbuhan terjadi hasil perkahwinan kulat dan alga) dari Antartika. Nak kaji tentang active compounds dalam lichens tu, nak tengok depa boleh tak bunuh bakteria yang dah rintang dengan ubat-ubat biasa. Kalau ada, nanti terus dengan prosedur yang lain. Tapi itulah secara ringkas apa yang aku kena buat. 

Doakan perjalanan PhD aku dan suami depermudah dan lancar semuanya. Selalu pesan dalam hati "sekarang masa untuk belajar, bukan lagi masa untuk selesa" bila tengok orang lain dah beli rumah, kenderaan bagai. Takpe, hidup masing-masing, kan. 

Ok bai. 

Note: yayy, suami bagi hadiah aipon. Kampoi semua celebration. Terima kasih suamii. Moga terus luas rezeki awak. Muahciked. 

Assalamualaikum. :)



January 3, 2024

It is 2024!

Assalamualaikum wbt. 

Allahuakbar. Lamanya lah tak datang jenguk sini. Dulu setahun beberapa kali tulis post baru, tapi ini dah beberapa tahun sekali jadinya. Tambah-tambah dengan PKP dan COVID-19, dan beberapa peristiwa yang berlaku kepada kami sekeluarga, terus tak sempat nak menulis di sini. It's okay, alhamdulillah my life is getting better right now. 

Saja nak tulis sini untuk kenangan. 

Tahun 2018:

  1. Sambung pengajian master.
  2. Berkahwin.
  3. PJJ dengan suami.
  4. Suami juga sedang menyambung master.
Tahun 2019:
  1. Masih meneruskan pengajian master.
  2. Suami berjaya convo master.
  3. PJJ lagi.
  4. Pandemik COVID-19 dan PKP.
  5. Waktu PKP dah tak PJJ.
Tahun 2020:
  1. Dalam proses penulisan thesis.
  2. Pregnant & miscarriage tatkala PKP, masuk hospital uruskan semua sendiri.
  3. Pregnant lagi & alahan teruk (warded 4H3M).
  4. Banjir besar berlaku, air setinggi paras dada.
  5. Rumah hampir total lost, barang rumah kebanyakan rosak.
  6. Menyewa sebulan lebih di bilik sewa sementara rumah dibaikpulih.
  7. Menulis thesis dalam keadaan rumah serba kekurangan.
  8. Beli barang keperluan rumah sedikit demi sidikit.
  9. Beli barang keperluan bayi sedikit demi sedikit.
Tahun 2021:
  1. Melahirkan anak sulung yang comel dan sihat. Alhamdulillah. Juga di musim PKP, tak boleh balik kampung.
  2. Berpantang dan membesarkan anak hanya bersama suami. Uishh struggle ye. 😂
  3. Dua minggu selepas bersalin, viva-voce master. Passed with minor correction. Alhamdulillah. 
  4. Suami jaga anak berusian 2 minggu bersendirian ketika aku sedang viva. Bravo suami!
  5. Rumah dah makin nampak seperti rumah.
Tahun 2022:
  1. Jadi suri rumah sepenuh masa.
  2. Konvo master.
  3. Dah boleh berjalan-jalan pusing Malaysia.
  4. Mula menulis proposal PhD.
Tahun 2023:
  1. Register PhD.
  2. PJJ dengan suami sekali lagi. Ada anak lagi perit dari sorang-sorang dulu.
  3. Suami dapat HLP.
  4. Suami register PhD.
  5. Pindah ke Selangor. Dah tak perlu PJJ lagi. Bye Pahang.
  6. Mykid anak baru siap. Ambil di Pahang.
  7. Bawa anak melawat seluruh semenanjung Malaysia.
  8. Mak renovate rumah di Kedah. Sekarang dah ada kampung. Yayy!
Alhamdulillah untuk semua yang berlaku. Hidup mana mungkin bahagia sentiasa, kita hanya manusia biasa. So far, apa yang aku dapat belajar dari perjalanan hidup aku ialah: 
  1. Walau apa-apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Cuba untuk belajar redho.
  2. Letakkan seluruh pergantungan hanya kepada Allah. Doa banyak-banyak. Allah tahu kita mampu.
  3. Jangan berharap kepada manusia, nanti banyak kecewa.
  4. Lantakkan segala umpatan, mereka hanya mampu berkata-kata tanpa bersedia untuk kita.
  5. Perjalanan post grad sangat mendebarkan. Hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya bila sambung belajar, setiap perkara yang nak dibuat memang kena doa sungguh-sungguh minta Allah mudahkan. Allah maha mendengar. Terima kasih Allah. ☺️
Makanya, azam tahun 2024:
  1. Nak kurus supaya senang nak beribadat.
  2. Nak istiqamah beramal ibadat; zikir, solat sunat.
  3. Nak cepat-cepat habiskan lab work.
  4. Nak attend conference.
  5. Nak publish paper.
  6. Nak besarkan anak jadi manusia yang berilmu dan beradab.
  7. Nak jadi isteri yang power. Kah!
  8. Nak simpan duit sampai capai target.
  9. Nak pergi melancong oversea.

Okay, sekian. Kita tengok bila pulak aku akan kembali ke sini. Jaga diri semua. Babai.

Note: Harini suami ada defense proposal. Moga dipermudah urusan beliau. Amiin. 

Assalamualaikum. :)