October 14, 2020

Fault finding radar

Assalamualaikum..

Topik kali ini ada kaitan dengan kepelbagaian perangai manusia di dunia. Salah satunya ialah perangai suka mencari kesalahan orang lain (fault finding personality). Macam kata pepatah melayu, "kuman di seberang laut nampak, tapi gajah di depan mata tak nampak". 

Dari zaman sekolah rendah aku kena hadap kawan yang perangai macam ni. Sekolah menengah pun jumpa lagi, dah sambung master pun ada jugakkk. Bukan setakat pelajar, staf pejabat pun sama naik. Nak tutup kesalahan kawan sekerja, pelajar yang jadi mangsa keaadan. Hah, aku jugak la tu yang kena. Waktu tadika tak pasti pulak ada ke tak, kalau ada pun mungkin aku tak kisah. Makanya, orang jenis ni wujud tak kira usia, dari budak-budak sehinggalah warga emas. Lelaki dan perempuan tiada bezanya. 

Berbalik pada jenis perangai tadi, kenapa dia mesti kena cari silap pada orang lain jugak? Kalau ikut pembacaan aku, ada satu mekanisma dalam diri manusia yang namanya EGO. Ego ni buat seseorang tu rasa dialah manusia yang paling hebat, paling betul dalam dunia ni. Apa orang lain cakap semua salah, susah betul nak terima pandangan orang lain. Cari kesalahan orang akan buat diri dia puas. 

Ada beberapa sebab kenapa wujudnya perangai suka cari salah orang lain. Antaranya ialah:

  1. Dia tak gembira/puas hati dengan hidup sendiri
  2. Dia tak boleh tengok ada orang lain hebat/lebih dari dia
  3. Dia tak dapat jadi macam orang tu, maka dia perlu cari kesalahan orang tersebut
  4. Dia rasa diri dia yang paling hebat
  5. Jalan pintas untuk dapat keyakinan diri
  6. Dia nak capai sesuatu benda dengan mudah, cari kesalahan orang dan dia rasa dia dah berjaya
  7. Nak tutup kesalahan/kelemahan sendiri
Tapi dia kena ingat, sikap macam tu akan merugikan diri sendiri. Banyak benda yang dia akan rugi dan hilang. 
  1. Dia akan kekurangan cara/idea yang hebat untuk terus maju ke depan. Apabila orang lain bagi pandangan tapi dia tak boleh terima, semua benda nampak salah. Siapa nak tolong lagi kalau macam tu?
  2. Dia akan hilang kuasa. Asyik cari kesalahan orang, maka apa guna kuasa tu untuk membantu atau mengubah keadaan ke arah yang lebih baik? Lagi bagus sama-sama cari solusi.
  3. Hilang rasa empati dalam diri. Apa-apa orang buat semuanya salah, apa kata fikir kenapa orang tu buat begitu. Mungkin ada sebab di sebalik semua tu.
  4. Hubungan dengan orang lain (keluarga/kawan/rakan sekerja/pekerja) akan jadi buruk/renggang/jauh. Siapa boleh tahan tiap-tiap hari kena cakap belakang, asyik dicari kesalahan, diburukkan pada orang lain, tak boleh diajak berbincang langsung. Dari segi kekeluargaan, anak-anak akan rasa tidak dihargai dan mula buat keputusan sendiri.
  5. Aura positif akan hilang dalam diri. Macam mana nak dapat aura positif kalau dalam diri ada banyak caj negatif. Orang sekeliling pun akan dapat tempias caj negatif tu. Pendek kata, keadaan sesuatu rumah/tempat kerja akan jadi tak bahagia dan seronok. Kawan lari sebab tak suka, pekerja tak bersemangat, anak-anak menjauhkan diri.
  6. Kesihatan yang baik. Minda yang positif akan menghasilkan badan yang sihat, minda yang negatif, akan cepat rosakkan sel tubuh badan, malah akan 'trigger' sel kanser dalam badan.

Ada beberapa cara untuk kita cuba perbaiki masalah ni. Tapi lebih baik kalau semua orang buat benda ni:
  1. Cari kelebihan/kebaikan/perkara positif dalam diri orang lain
  2. Minta maaf kalau ada terbuat salah
  3. Berbincang dengan baik jika ada perkara yang kurang betul
  4. Terima pendapat orang lain dengan hati terbuka
  5. Memaafkan kesalahan orang lain
  6. Beri peluang/ruang untuk orang lain 'justify' keadaan dia, fahami masalah dia
  7. Kurangkan fikir/dengar cakap orang lain
  8. Cuba faham kehendak/keinginan orang lain
  9. Bagitau diri, kita sendiri pun banyak buat salah, kenapa kalau orang lain buat kita nak hukum?
  10. Mengaku kesalahan diri, jangan salahkan orang lain
  11. Ingat hidup ni ibarat roda, mungkin perkara yang kita cakap/lakukan pada orang lain akan berbalik pada orang yang kita sayang (suami/isteri/anak-anak/ibubapa/adikberadik). Sanggup tak?
Semua manusia ada perangai ni sebenarnya. Tapi bergantung tahap ego masing-masing. Lagi tinggi ego, lagi besar radar tu. Sebagai manusia, kita semua ada buat salah. Jadi apa kata kita sama-sama membantu untuk terus cemerlang, bukannya jatuhkan semangat orang lain supaya dapat majukan diri sorang-sorang. 

"Strong minds discuss ideas, average minds discuss events, weak minds discuss people"

Semoga kita sama-sama boleh berubah ke arah yang lebih baik, lebih sihat dan lebih cemerlang. Amiin. 


Rujukan;
https://www.harleytherapy.co.uk/counselling/why-we-put-the-blame-on-others.htm
https://mindandsoul.space/home/2019/6/16/why-do-we-seek-to-find-fault-with-others
https://medium.com/@DrGregKushnick/your-habit-of-pointing-out-other-people-s-faults-is-ruining-your-life-9f4483b67190

Ok jumpa lagi. Moga dapat manfaat dari post kali ni. 💖

September 27, 2020

Manusia

Assalamualaikum semua. 

Harini hari pertama aku kembali ke kolej setelah hampir 7 bulan aku duduk di rumah dengan suami disebabkan pkpp. Bulan Jun 2020 haritu aku tak dapat menghadiri 'Monitoring Progress Report' sebab keguguran, pihak fakulti dah susun tarikh baru untuk aku bentangkan progress semester kali ni. Untuk pengetahuan semua, mode program master aku ialah 'full research', maka langsung tiada kelas tapi akan ada progress meeting/presentation setiap semester, supaya nak pastikan pelajar tidak ketinggalan dan sentiasa 'on track'. Dalam perjumpaan macam ni lah pelajar akan ditanya setiap perkembangan sepanjang semester, ada masalah atau tak, dan sebagainya. 

Nak dijadikan cerita, prosedur untuk masuk ke kolej musim pkpp ni amatlah merumitkan. Pihak kolej minta fakulti keluarkan surat mengatakan pelajar perlu pulang ke kolej. Tapi bila minta surat ke fakulti, diorang minta pelajar yang tulis surat sendiri tetapi melalui timbalan dekan fakulti. Pung pang pung pang, seminggu lebih baru dapat siap surat tu. Kira last minute jugak lah siap semua surat kebenaran balik kolej. Aku bagi surat tu kepada staf kolej, tapi disebabkan dah lewat, beliau terus minta aku hantar permohonan ke pengetua kolej. 

*setelah segala ribut melanda, semua orang dari bawah sampai pihak atasan terlibat dan akhirnya kes selesai.*

Point dalam ni, kalau semua orang bertimbang rasa.. Semua masalah selesai dengan mudah, tenang dan sempurna. Benda kecil tapi diperbesarkan. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. 

Aku dah la nak dekat 7 bulan tak bersosial dengan orang, sekali keluar gua dah kena ribut petir macam ni. Stress mak oiii. 😖

Lepas habis pembentangan, aku jumpa supervisor dan co-supervisor, dorang tanya aku masih 'ttc' ke sekarang. Aku pun jujur jawab ya. Haha mestilah nak anak. InsyaAllah dengan izin Allah, moga Allah kurniakan aku dan suamiku zuriat-zuriat yang soleh dan solehah dan juga anak-anak yang sihat fizikal dan mentalnya. Amiiin ya rabbal alamin. 

Aku doakan juga untuk korang semua pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan anak, semoga dipermudahkan urusan untuk mendapat anak-anak yang soleh solehah dan sihat fizikal mentalnya juga. 


Jom, kena sambung buat pembetulan thesis aku ni. Esok nak kena hadap supervisor semua. Mohon doakan urusan aku habiskan master dengan cemerlang dan dipermudahkan. Amiiin. 


Note to T: induu aa. Lama tak kena jauh cemni. 😭

 


August 27, 2020

Quick update

 Hi guys! 

Wahhh hampir setahun aku tinggalkan blog ni. Post terakhir pun cerita pasal buat kerja makmal, tapi sekarang dah nak habis menulis thesis. Alhamdulillah yayy. Tolong doakan semuanya dipermudahkan. 

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling banyak memori suka dan duka dalam hidup. Banyak benda yang menambahkan pengalaman hidup aku; ada sekali tu aku rasa macam ada sindrom 'anxiety', nak tidur & bangun tidur menangis, sentiasa gelisah, asyik berdebar selalu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay. Lepastu kes Covid19 lagi, ahli keluarga sendiri jadi PUI pulak, risau weh tiap-tiap hari tunggu keputusan. Fasa PKP beberapa bulan tak keluar rumah pun boleh tahan. Tak lama lepastu aku positif hamil, tapi Allah pinjamkan kejap je. Dalam dua bulan lebih, dan akhirnya keguguran. Lepas gugur terus kena bersungguh-sungguh habiskan menulis thesis. Raya puasa dan raya korban tak balik kampung. Beraya berdua di tempat orang. Fuuhh macam naik roller coster. Kejap seronok kejap sedih, kejap relax kejap kelam kabut, semua ada. But I'm still enjoying my life. Thank you Allah. 

Ok guys, ada masa aku datang balik. Semoga urusan korang semua pun baik-baik sahajaa.